|| Kata-Kata Aluan || Staf || Pentadbiran || Kurikulum || Hal Ehwal Pelajar || ||Kokurikulum || Program Kasih Mesra ||

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1941 di Hospital Daerah Jasin, Melaka, sama seperti bayi-bayi yang baru dilahirkan pada masa itu. Istimewanya ia lahir denga budi dan ikhsan dari semua kakitangan hospital yang ada pada masa itu.

Murid-murid India di persekitaran bandar Jasin telah dibenarkan belajar di satu bahagian bangunan hospital. Kemudian telah berpindah ke sebuah kedai di Jalan Chin-chin. Kemudian telah berpindah ke sebuah rumah dan kemudian kembali semula ke kedai itu.

Nama awal institusi islah SJK (T) Jasin. Pengasasnya ialah seorang ahli perniagaan di jasin bernama En. V Krishnan. Ia ditubuhkan atas inisiatif masyarakat tempatan. Bangunan kekal disumbangkan oleh seorang ahli perniagaan di Jasin bernama En. Raman Chetiar. Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini bilangan guru hanyalah seorang dan murid seramai 10 orang.

Masalah yang membawa kepada penubuhan institusi baru ialah menghadapi masalah bayaran gaji guru, alat pengajaran yang tidak mencukupi, pengangkutan yang tidak sempurna dan tenaga pengajar yang tidak berpengalaman.

Setelah selama 25 tahun berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat, maka pada tahun 1966 terbinalah sebuah bangunan sekolah yang tetap bernilai RM56,000.00. Bangunan pertama ini mempunyai 8 bilik darjah. Pada tahun 1968, terdiri pula bangunan kedua yang mengandungi dua bilik darjah.

Bangunan dua tingkat yang ada pada masa ini merupakan bangunan tambahan yang siap dibina pada April 1985. Bangunan yang menelan belanja sebanyak 4150,000.00 ini terdiri dari 3 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, sebuah bilik pusat sumber, bilik guru dan pejabat.

Banyak perubahan dan perkembangan besar yang telah berlaku dalam lipatan sejarah sekolah ini. Perubahan dan perkembangan ini ternayta sekali bermula pada akhir tahun 1982 seperti yang berikut:

TAHUN
BIL. MURID
BIL. GURU
1982
280
12
1983
310
13
1984
330
14
1985
356
16
1986
389
18
1987
420
18
1988
440
19
1989
430
20
1990
428
21
1991
420
22
1992
410
22
1993
403
22
1994
405
21
1995
381
21
1996
340
20
1997
360
21
1988
371
21

GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SEKOLAH INI.

 

TAHUN

GURU BESAR

1947

En. M. Krishnasamy

1948

En. A.D. Abraham

1949

En. M. Vaihtilingam

1950-1952

En. M. Visvanathan

1952-1956

En. P. Ponniah

1956-1957

En. J.S. Ayyasamy

1957-1960

En. R. Arumugam

1961-1972

En. A. Muthiah PPN

1973-1982

En. P. Ponniah PJK

1982- Mac 1995

En. Sulaiman b. Mohamad PIS,PPN,PBM

Mac 1995-Ogos 1995

En. K.M. Abdul kadir PJK, PBM

Sept 1995-Dis 1997

En. D. Senan PBM

Jan. 1998

Pn. S. Minachee PPN

LEMBAGA PENGURUS SEKOLAH

LPS Sekolah - Pengerus Lembaga Pengurus Sekolah sehingga kini ialah En. N. M. A. Mohd. Ibrahim PJK

PIBG

1987 - 1988

En. Sadayan

1989 - 1993

En. P. Muthu

1994 - 1997

En. S. Ekambaram

1988

En. P. Subramaniam

Pada 1 Januari 1988 sekolah ini telah diwartakan sebagai Sekolah Gred B dan ianya adalah sekolah tunggal dan yang pertama sekali menjadi Sekolah Gred B di antara SJK(T) dalam negeri Melaka.

Pada 19 Oktober 1988 satu majlis Malam Kebudayaan telah diadakan dan Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Melaka ketika itu , Tuan Hj. Ghazali bin Uda Umar telah mengistiharkan sekolah ini menjadi Sekolah Gred B secara rasmi.

 

GAMBAR GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SRJKT JASIN

EN. P. PONIAH

1952 - 1956

EN. SULAIMAN B. MOHAMAD

1982 - Mac 1995

EN. N.D. SENAN

Sept. 1995 - Dis 1997

 

Index